Makanan merupakan keperluan utama dalam kehidupan. Pelbagai penyakit berpuncanya daripada makanan. Salah satunya adalah penyakit kencing manis atau diabetes.
MAKANAN YANG PERLU DIKURANGKAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS ATAU DIABETES
1. Makanan Bergoreng
Pesakit kencing manis perlu mengelak memakan makanan yang bergoreng.
Makanan bergoreng mengandungi tahap kolestrol yang tinggi. Oleh sedemikian, ia dapat meninggikan paras gula dalam darah.
2. Minuman Berkafein
Kafein dapat menyekat penghasilan insulin dalam badan.
Insulin merupakan zat yang diperlukan untuk mengubah gula kepada tenaga. Tanpa zat ini, penghidap diabetes menjadi semakin parah akibat pengumpulan gula.
3. Makanan yang berasaskan tepung
Roti, kuih, kek adalah diperbuat daripada tepung gandum dan mengandungi paras karbohidrat dan indeks glaksima yang tinggi.
Ia merupakan salah satu makanan yang dapat menyumbangkan kepada penyakit diabetes.
4. Nasi Putih
Nasi merupakan makanan utama dan mengandungi kadar gula yang tinggi.
Justeru, ia tidak baik untuk penghidap diabetes jika diamal selalu.
Gantikan dengan beras perang ataupun beras parboiled kerana ianya tidak mengandungi kadar gula yang terlalu tinggi.
Oleh itu, penelitian terhadap makanan perlu dilakukan untuk penghidap diabetes. Makanan yang mengandungi tinggi tahap karbohidrat dan kolestrol akan menyebabkan keadaan semakin parah.
Leave a Reply