Kencing Manis Ketahui Cara Merawatnya (Terkini! Versi 2018)

 

Kencing manis dikenali sebagai diabetes mellitus. Ini istilah dalam istilah perubatan. Kencing manis adalah penyakit utama yang sering dihidapi oleh penduduk di Malaysia. Kencing manis berpunca daripada paras gula dalam darah yang tinggi. Terhasil daripada kegagalan rembesan insulin. Didalam artikel ini kita akan kekal dengan penggunaan istilah kencing manis. Kenapa? Kerana ia lebih dekat dengan kita berbanding dengan istilah perubatannya diabetes mellitus.

 

Kenapa terjadinya kencing manis?

Kencing manis terjadi kenapa? Mengikut kebiasaan, kadar glukosa didalam darah akan dikawal oleh insulin. Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Fungsi utama insulin adalah untuk mengurangkan kadar glukosa didalam darah.

Sebagai contoh, sebaik sahaja anda selesai makan, kadar glukosa didalam darah anda akan mula meningkat. Insulin akan dirembes oleh pankreas untuk meneutralkan semula paras glukosa dengan meningkatkan kadar penyerapan glukosa kedalam sel badan.

Bagi pesakit yang menghidap kencing manis, mereka sebenarnya mengalami masalah ini. Bila insulin tidak dihasilkan secukupnya ia akan membawa kepada hyperglycemia. Penyakit ini boleh dikategorikan sebagai satu kondisi yang agak kronik kerana meskipun ia boleh dikawal namun ia tidak akan berkekalan selamanya.

Glukosa

Glukosa merupakan sejenis gula yang paling asas yang anda boleh temukan didalam makanan. Ia merupakan diantara nutrien yang paling penting untuk membekalkan tenaga supaya sel-sel badan anda dapat berfungsi dengan sebaiknya. Glukosa yang terdapat didalam makanan yang telah dihadam akan mula diserap oleh sel-sel usus kedalam saluran darah dan ia akan dibawah keseluruh sel didalam tubuh. Namun penyerapan glukosa kedalam sel memerlukan bantuan daripada insulin. Tanpa insulin glukosa akan kekal berada didalam salur darah dan tidak dapat diserap masuk kedalam sel.

 

Insulin

cara merawat kencing manis - kenali insulin

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pakreas. Insulin membantu penyerapan glukosa kedalam sel. Ia juga sangat penting dalam membantu mengawal paras glukosa didalam darah. Sebaik sahaja selesai makan pankreas akan merembes lebih banyak insulin kedalam salur darah. Sama juga halnya ketika paras glukosa didalam darah adalah rendah. Kadar rembesan insulin juga akan menjadi lebih rendah.

Ketika anda sedang berpuasa sekalipun, masih ada rembesan insulin yang berlaku tapi pada kadar yang perlahan dan teratur.  

Jenis-jenis kencing manis

 

cara merawat kencing manis

Kencing manis dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis 1 dan jenis 2. Bagi Kencing Manis Jenis 1 ia bergantung kepada insulin. Kencing Manis Jenis 2 pula ia tidak bergantung kepada insulin. Untuk memudahkan anda faham Jenis 1 adalah yang biasa dihidapi oleh golongan muda. Jenis 2 adalah yang biasa dihidapi oleh mereka yang lebih berusia.

 

1. Kencing Manis Jenis 1

Bagi Kencing Manis Jenis 1 ini, sistem imunisasi badan biasanya tersalah dalam mengahasilkan antibodi yang memberikan kesan negatif dan merosakkan tisu badan. Bagi mereka yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 ini sedikit infonya. Sel beta pankreas yang bertanggungjawab dalam rembesan insulin terkesan dengan tindakbalas yang salah oleh sistem imunisasi.

Ada juga kajian dan pendapat yang mengatakan bahawa kemungkinan untuk mempunyai antibodi abnormal ini adalah berdasarkan genetik. Namun ia masih belum dapat disahkan dengan sepenuhnya. Pendedahan kepada jangkitan tertentu dan toksin dalam persekitaran juga berpotensi untuk menyebabkan kerosakan kepada sel pankreas.

kencing manis

Triple-T, salah satu produk kencing manis terbaik di pasaran

2. Kencing Manis Jenis 2

Kencing manis jenis 2 juga turut dikenali sebagai non-insulin dependent diabetes mellitus (NIDDM). Ia merupakan jenis kencing manis yang biasa dihidapi oleh orang dewasa. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini badan mereka masih mampu untuk menghasilkan insulin. Tetapi pada kadar yang tidak mencukupi.

Bagi kebanyakan kes sel pesakit akan mengalami kurang sensitiviti terhadap insulin. Selain itu terdapat juga penurunan yang ketara didalam rembesan insulin yang membawa kepada kegagalan untuk mengawal paras glukosa dalam darah dengan baik. Ia juga merupakan diantara faktor utama yang menyebabkan mereka yang menghidapi Kencing Manis Jenis 2 ini memerlukan terapi insulin.     

Walaupun penyakit ini seringkali dihidapi oleh mereka yang berumur 30 tahun dan keatas, namun sejak kebelakangan ini, peningkatan pesakit Kencing Manis Jenis 2 dalam kalangan remaja juga semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan. Kebanyakannya berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat, berat badan berlebihan dan kurangnya bersenam serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.  

kencing manis

Testimonial Triple-T

3. Kencing manis ibu mengandung

Kencing manis ibu mengandung atau dikenali juga sebagai gestational diabetes merupakan diantara jenis kencing manis yang akan dialami sementara waktu oleh ibu mengandung. Berdasarkan kajian sekitar 2% hingga 10% ibu mengandung akan mengalami penyakit ini.

Perubahan hormon yang ketara juga membawa kepada peningkatan paras gula. Penyakit ini biasanya akan sembuh selepas melahirkan anak. Namun terdapat sekitar 35% hingga 60% wanita yang menghidap gestational diabetes akan menghidap kencing manis jenis 2 selama 10 hingga 20 tahun. Ini terutamanya mereka yang memerlukan pengambilan insulin sewaktu mengandung.

Wanita yang menghidap gestational diabetes perlu menjalani pemeriksaan selama 6 minggu. Ini adalah selepas melahirkan anak untuk memastikan samada mereka masih menghidap penyakit tersebut. Selain itu juga melihat samada mereka mempunyai potensi untuk menghidap kencing manis jenis lain.

Kencing manis

Testimoni Triple-T

Simptom Kencing Manis

Untuk mengetahui samada anda menghidap penyakit ini anda boleh lihat beberapa simptom seperti dibawah. Jika anda menghadapi simptom-simptom berikut segeralah untuk berjumpa dengan doktor. Kemudian dapatkan rawatan awal atau susulan. Dengan mengetahui simptom barulah anda boleh ketahui cara merawat kencing manis anda.

  • Menjadi semakin kerap membuang air kecil
  • Rasa dahaga yang terlampau
  • Penurunan berat badan
  • Semakin kerap berasa lapar
  • Rasa letih, lesu dan tidak bermaya
  • Kulit menjadi bermasalah
  • Luka lambat untuk sembuh
  • Jangkitan yeast
  • Rasa kebas di kaki atau jari kaki

Macam Mana Nak Tahu Ada Kencing Manis?

Pada peringkat awal, ramai yang tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Hal ini sering berlaku terutamanya pada peringkat awal dimana belum ada lagi simptom-simptom tersebut.

Disebabkan itulah pemeriksaan darah secara berkala perlu dilakukan. Pemeriksaan darah ini akan menentukan paras glukosa didalam darah anda. Namun kebiasaannya pesakit akan sedar mereka menghidap kencing manis apabila simptom-simptom tersebut mula berlaku terhadap mereka.

Ada juga sesetengah orang yang mengambil berat akan kesihatan mereka sendiri dan secara sukarela menjalani pemeriksaan darah serta pemeriksaan kesihatan. Mereka juga peka dengan simptom-simptom penyakit terutamanya kencing manis ini. Setiap kali mereka merasakan diri mereka mengalami simptom-simptom sebegini, mereka akan terus berjumpa dengan doktor. Anda pula bagaimana? Adakah anda mempunyai cara merawat kencing manis jika semuanya telah terlambat.

kencing manis

Tetsimoni Triple-T

Cara Merawat Kencing Manis Jenis 1 dan Jenis 2

Mengawal kadar glukosa didalam darah adalah matlamat utama untuk merawat penyakit kencing manis. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih kronik sebagai akibat daripada penyakit ini. Antara cara merawat kencing manis yang boleh dicuba adalah dengan mengubah corak pemakanan. Anda boleh juga cuba mengawal dengan ubatan yang bukan insulin dan pengurangan berat badan.

Pemilihan ubat-ubatan

Pemilihan penggunaan ubat-ubatan adalah bergantung kepada setiap individu dan perlu mengambil kira faktor seperti:

  • Keberkesanan dan kesan sampingan setiap ubat tersebut terhadap individu
  • Tahap kesihatan pesakit
  • Penggunaan ubat sedia ada
  • Kos dan kemampuan pesakit serta sistem kesihatan

Ubat-ubatan tersebut mampu memberikan kesan dalam cara yang berbeza untuk mengurangkan kadar glukosa dalam darah:

  • Ia mungkin meningkatkan kadar sensitiviti insulin
  • Ia mungkin meningkatkan kadar buangan glukosa
  • Mengurangkan kadar serapan karbohidrat

Sekian sahaja entri kali ini berkenaan kencing manis. Sejujurnya, corak pemakanan dan cara kita menjalankan aktiviti harian banyak mempengaruhi potensi untuk kita menghidap penyakit ini. Namun, bagi yang sudah terkena, anda masih lagi sempat untuk merawatnya. KLIK SINI untuk info lanjut berkenaan cara terbaik merawat kencing manis. 

 

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top