Pemanis Gantian Terbaik

Gula putih adalah racun dan merupakan musuh utama bagi manusia. Badan kita perlukan glukosa, bukannya gula.

Sumber glukosa tidak semestinya dari gula. Nasi yang kita makan pun boleh jadi sumber glukosa.

Untuk mendapatkan rasa manis dalam makanan ataupun minuman, kita tidak sepatutnya mengambil gula putih kerana ianya hanya membawa mudharat.

Ada beberapa pemanis yang lebih selamat untuk diambil oleh manusa sebagai alternatif terbaik bagi menggantikan gula putih.

Pemanis diklasifikasikan dalam dua kumpulan iaitu yang berkalori(Caloric) dan tanpa kalori (Non-Caloric).

Dalam kedua-dua kumpulan ini ia seterusnya dipecahkan kepada jenis asli dan tiruan. Pemanis gantian tiruan contohnya seperti aspartame, sorbitol, acesulfame, xylitol, mannitol dan sebagainya.

Pemanis gantian asli dari jenis berkalori termasuklah madu, molasses, sirap maple dan gula palma. Manakala contoh pemanis gantian asli tanpa kalori adalah stevia.

Apabila kita membuat pilihan pemanis gantian asli maka kita perlu pertimbangkan faktor kandungan kalorinya, indeks glisemiknya (iaitu kesan pada paras glukosa dalam darah), kandungan vitamin dan mineral serta zat-zat surih, rasa manis dan samada ia stabil dalam masakan .

Jika ia berkalori tinggi maka kita perlu mengawal jumlah yang diambil.

.

1. Madu

Madu adalah pemanis gantian asli yang telah lama digunakan oleh manusia sejak zaman purba.

Ia adalah satu alternatif yang sangat baik kepada gula pasir yang biasa kita makan. Madu mengandungi khasiat dan zat-zat pemakanan yang amat baik untuk kesihatan.

Kajian menunjukkan madu mempunyai sifat anti oksidan, anti bakteria, anti viral dan anti kulat.

Kandungan vitamin dan mineralnya yang sangat tinggi juga amat baik untuk mencegah penyakit. Madu juga baik untuk penyembuhan luka dan luka melecur.

Ia juga enak dimakan dengan makanan dan digunakan sebagai salah satu bahan yang biasa dalam resipi makanan kita.

Walaubagaimanapun, madu mempunyai indeks glisemik yang tinggi dan nilai kalori yang sangat tinggi.

Oleh itu ia tidak sesuai diambil dalam kuantiti yang tinggi dan tidak sesuai untuk pesakit kencing manis..

.

2. Gula Palma

Gula palma atau lebih dikenali sebagai ‘gula melaka’ atau ‘gula anau’ di Malaysia sebenarnya adalah pemanis gantian asli yang amat baik.

Ramai diantara kita tidak menyedari bahawa gula ini jauh lebih sihat dari gula pasir biasa.

Ia telah lama dijadikan bahan untuk membuat kuih-muih, cendol, pengat dan lain-lain makanan tradisi kita.

Gula Palma ini boleh dihasilkan dari nira pokok kelapa, pokok enau, pokok kurma dan sebagainya.

Kajian yang dibuat di Filipina menunjukkan pemanis dari jenis gula palma ini mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 35.

Ia juga mengandungi vitamin dan mineral didalamnya.

Walaubagaimanapun kerana kandungan kalorinya yang tinggi maka jumlah yang diambil perlu dijaga agar tidak berlebihan dan rasanya agak tidak sesuai jika digunakan dalam minuman seperti kopi atau teh.

Gula palma ini lebih sesuai digunakan dalam masakan seperti sambal atau kari kerana ia mempunyai rasa yang lebih enak. Disamping itu, kuih muih tempatan kita juga perlu menggunakan lebih banyak gula ini kerana ia lebih sihat dari gula pasir yang biasa..

.

3. Sirap Maple

Sirap maple adalah sejenis pemanis asli yang banyak digunakan di barat.

Ianya juga terdapat di Malaysia dan biasanya dimakan bersama dengan lempeng (pan cake).

Sirap maple mempunyai rasa yang enak dan ia amat tinggi dengan vitamin B kompleks.

Ia mempunyai nilai indeks glisemik yang lebih rendah daripada gula pasir tetapi pengambilannya perlu dijaga dan jangan berlebihan..

 

4. Molasses

Molasses adalah pemanis yang dihasilkan daripada gula tebu yang berwarna hitam perang.

Ia juga amat manis dan mengandungi kandungan mineral yan tinggi seperti magnesium, potassium dan zat besi.

Ia lebih banyak digunakan dalam makanan barat dan rasanya tidak sesuai untuk makanan Malaysia.

Pengambilannya tidak boleh berlebihan kerana indeks glisemik dan kandungan kalori yang tinggi.

 

5. Stevia

Stevia adalah contoh pemanis gantian asli yang tanpa kalori yang popular di pasaran sekarang.

Ia mempunyai indeks glisemik indeks kosong dan tanpa kalori.

Terdapat banyak kajian dan data saintifik menunjukkan stevia tidak mempunyai kesan sampingan merbahaya oleh itu pada tahun 2008 ianya telah diluluskan oleh FDA di Amerika Syarikat dengan status GRAS (Generally Recognised As Safe).

Sejak itu ia mula dikenali dengan lebih meluas diseluruh dunia. Kajian juga mendapati stevia mempunyai sifat sebagai anti oksidan yang amat baik untuk kesihatan.

Rasanya amat manis tetapi terdapat sesetengah orang yang tidak menyukai rasanya selepas ditelan (after taste) dan juga sesetengah orang tidak suka rasanya apabila dicampur dengan kopi atau teh..

.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top