Tanda-Tanda Kencing Manis

Penyakit kencing manis sukar dibendung apabila berada ditahap kritikal.

Oleh itu, kita perlu mengetahui kesan-kesan awal penyakit kencing manis.

Dengan mengetahui, kita dapat mendapatkan rawatan awal untuk penyakit diabetes.

 

PERIKSA DIRI, JIKA ANDA MENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS

1.Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam.

Paras glokosa yang tinggi dalam badan menyebabkan buah pinggang berkerja keras. Fungsi buah pinggang adalah membuang gula tambahan dalam badan. Ia akan memaksa anda untuk membuang air kecil dan kerap dahaga.

2.Hilang berat badan secara tiba-tiba.

Tahap gula dalam darah boleh menyebabkan hilang berat badan dengan cepat. Lemak dalam badan akan diuraikan untuk menjadi tenaga. Mungkin ramai gembira dan ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

3.Luka lambat sembuh

Saliran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah untuk membantu penyembuhan ke anggota badan.


Jika anda mengalami simptom ini, bertidak segera untuk berjumpa doktor. Dapatkan rawatan awal, sebelum kaki anda dipotong.

Bagi penggemar makanan manis, amalkan makan makanan sihat!

Cegah , sebelum parah!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Top